Kelantan tuntut hak petroleum, gas dihormati

Kelantan tuntut hak petroleum, gas dihormati

MOHAMED FADZLI HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan menuntut Kerajaan Persekutuan menghormati hak negeri berkaitan perjanjian petroleum dan gas sepertimana menghormati perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand yang bakal memasuki tempoh penting pada 2028.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hasaan berkata, kerajaan negeri, Petronas dan Persekutuan telah menandatangani perjanjian pada 1974 dan 1975 yang disifatkannya sangat jelas mengenai hak Kelantan.

“Ia adalah perjanjian yang sangat jelas dan hanya setebal dua muka surat. Malah Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah pernah menyatakan, ia boleh difahami oleh murid darjah empat, bahawa itu hak Kelantan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab itu kita harap Yang Berhormat (YB) yang bersama Kerajaan Persekutuan bisik-bisiklah kepada Pusat dalam hak kita berkaitan petroleum ini,” katanya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini selepas menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Shahbuddin Hashim (BN-Galas).

Menurut Mohamed Fadzli, kerajaan negeri kini berusaha secara diplomasi dengan Persekutuan bagi memastikan Kelantan dilibatkan sebagai pihak berkepentingan dalam perjanjian Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×