[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Tenang

[TIDAK RASMI] BN mendahului di DUN Tenang

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABIS: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan memperoleh 142 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Elia Nadira (27 undi), Perikatan Nasional (PN), Normala Sudirman (9 undi) dan calon Bebas, Siti Aisyah Zobir yang masih belum memperoleh undi setakat pukul 7.10 malam.

Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 79.78 peratus undi, diikuti PH dengan 15.17 peratus manakala PN meraih 5.06 peratus daripada keseluruhan 178 undi yang telah dikira.

DUN Tenang menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Mohd Azahar Ibrahim (BN), Elia Nadira (PH), Normala Sudirman (PN) dan Siti Aisyah Zobir (Bebas).

Seramai 22,616 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN