SEGAMAT: Calon Barisan Nasional (BN), K. Raven Kumar mendahului kiraan undi tidak rasmi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemelah dengan memperoleh 397 undi berbanding calon Pakatan Harapan (PH), Mohd Afif Hamid (296 undi) dan Perikatan Nasional (PN), Uzzair Ismail (76 undi) setakat pukul 7.08 malam tadi.
Kedudukan semasa itu menyaksikan BN memperoleh 51.63 peratus undi, diikuti PH dengan 38.49 peratus manakala PN meraih 9.88 peratus daripada keseluruhan 769 undi yang telah dikira.
DUN Kemelah menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara K. Raven Kumar (BN), Mohd Afif Hamid (PH) dan Uzzair Ismail (PN).
Seramai 35,365 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini. – UTUSAN







