Polis Thailand pintas pikap bawa 506,000 pil kuda ke Malaysia

Polis Thailand pintas pikap bawa 506,000 pil kuda ke Malaysia

SEBAHAGIAN pil kuda dirampas selepas Polis Wilayah Pattani, Thailand menahan sebuah trak pikap melalui Pusat Pemeriksaan Koh Mo Kaeng di Daerah Nong Chik, Narathiwat, Thailand.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PATTANI (THAILAND): Polis Wilayah Pattani memintas sebuah pikap membawa 506,000 biji pil kuda Malaysia selepas menahan kenderaan tersebut yang melalui Pusat Pemeriksaan Koh Mo Kaeng di Daerah Nong Chik, Narathiwat dekat sini, kelmarin.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, Bahagian Anti-Narkotik Polis Wilayah Pattani menahan seorang anggota salah satu sindiket utama penyeludupan dadah yang aktif di selatan negara ini.

Ketua Unit Anti-Narkotik Polis Wilayah Pattani, Lt. Kolonel Wattharawut Phetchui berkata, kejayaan itu hasil maklumat risikan mengenai seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang membawa pil kuda dari tengah Thailand menuju ke Wilayah Narathiwat menggunakan sebuah pikap putih.

“Pihak berkuasa memantau pergerakan suspek sebelum memintas kenderaan itu di Pusat Pemeriksaan Koh Mo Kaeng.

“Pada mulanya kami tidak menemukan dadah di dalam kenderaan tersebut, tetapi ketika disoal siasat, lelaki itu mendedahkan lokasi pil kuda disembunyikan,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 506,000 biji pil kuda disembunyikan dalam ruang rahsia diubah suai di bahagian belakang kabin pikap tersebut.

Suspek mengaku itu kali ketiga dia membawa dadah dari tengah Thailand ke Wilayah Narathiwat dengan menerima bayaran RM24,272 setiap penghantaran.

Pil berkenaan diserahkan kepada pihak tertentu di Narathiwat sebelum diseludup masuk ke Malaysia melalui Kelantan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN