Polis Thailand gagalkan cubaan seludup pil kuda ke negara jiran

Polis Thailand gagalkan cubaan seludup pil kuda RM353,000 ke negara jiran

ANGGOTA polis merampas lebih 11.2 kilogram daripada sebuah kereta yang dalam perjalanan ke Daerah Betong, Thailand semalam. – IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA (THAILAND): Polis Thailand mematahkan cubaan menyeludup 11.2 kilogram (kg) pil kuda selepas menahan seorang lelaki dipercayai keldai dadah dalam sekatan jalan raya di Mukim Tanoh Puteh, Daerah Bannang Sata, di sini semalam.

Dalam operasi pukul 9.30 pagi itu, polis turut merampas sepucuk pistol dan tujuh butir peluru.

Penguasa Balai Polis Bannang Sata, Kolonel Atthapol Kulwong­manas berkata, bertindak atas maklumat risikan anggota bertugas telah menahan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

Katanya, pemeriksaan lanjut yang dilakukan ke atas kereta tersebut membawa kepada pe­nemuan beberapa bungkusan plastik berisi lebih 11.2 kilogram pil kuda bernilai RM353,000.

“Siasatan lanjut mendedahkan bahawa dadah berkenaan sedang dalam perjalanan untuk dihantar ke Daerah Betong yang bersempadan dengan negara jiran,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Atthapol memberitahu, lelaki terbabit mengaku menerima upah sebanyak RM1,385 untuk membawa dadah berkenaan da­ri bandar Yala ke Betong.

Katanya, dadah berkenaan kemudian diserahkan kepada sindiket penyeludupan rentas sempadan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×