SHAH ALAM: Kawasan Sungai Kandis dalam Parlimen Kota Raja masih dianggap sebagai lokasi berisiko banjir meskipun projek rancangan tebatan banjir (RTB) berjumlah RM39.1 juta dilaksanakan sejak tahun lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Kandis, Wan Dzahanurin Ahmad berkata, banjir masih melanda terutama perumahan dalam kawasan rendah walaupun kerja menaik taraf parit dan longkang bernilai RM27.94 juta dilaksanakan. “Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor melaksanakan tiga pusingan tebasan 21.7 kilometer…










