Rizab tunai Pulau Pinang meningkat Rm600 juta bukan hasil kenaikan cukai tanah

Rizab tunai Pulau Pinang meningkat Rm600 juta bukan hasil kenaikan cukai tanah

CHOW Kon Yeow ketika berucap merasmikan Penang Career Discovery Day X Penang HR Foward Forum 2026, di George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Peningkatan rizab tunai kerajaan negeri Pulau Pinang sehingga melebihi RM600 juta bukan berpunca daripada kenaikan cukai tanah yang mula dilaksanakan tahun ini, sebaliknya disumbangkan oleh lebihan hasil yang direkodkan pada 2025.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, peningkatan rizab tersebut berlaku sebelum pelaksanaan kadar baharu cukai tanah yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2026.

Menurut beliau, angka rizab terkini yang diumumkan kerajaan negeri menunjukkan peningkatan berbanding kedudukan pada akhir tahun lalu.

“Angka pada 31 Disember 2025 adalah lebih RM500 juta. Kenaikan itu disebabkan hasil daripada surplus yang besar pada tahun 2025. Ini tidak berkaitan dengan kenaikan cukai,” katanya selepas menghadiri Penang Career Discovery Day X Penang HR Foward Forum 2026, hari ini.

Sebelum ini, terdapat dakwaan bahawa rizab tunai Pulau Pinang menyusut pada tahun 2024 sehingga menyebabkan defisit.

Menjawab kritikan itu, semalam, Kon Yeow memaklumkan rizab negeri dalam Akaun Hasil Disatukan kini meningkat kepada RM616 juta setakat lima bulan pertama tahun ini.

Susulan itu, pengkritik kemudiannya mendakwa peningkatan hasil kerajaan negeri itu dicapai menerusi pengenaan cukai, caj tambahan dan tarif yang membebankan rakyat.

Kon Yeow, kerajaan negeri sebelum ini tidak meletakkan sasaran terlalu tinggi terhadap hasil tambahan yang bakal diperoleh menerusi semakan cukai tanah.

“Saya sudah umumkan di dewan (Sidang Dewan Undangan Negeri), Kalau dapat RM50 juta, saya pun sudah amat gembira,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN