PARLIMEN: MOTAC terbuka acara tahunan termasuk festival air

PARLIMEN: MOTAC terbuka acara tahunan termasuk festival air

TIONG KING SING
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan terbuka menjadikan apa jua acara berskala besar termasuk Festival Air (Water Music Festival) sebagai acara tahunan di ibu negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, keterbukaan itu mengambil kita kesan agihan ekonomi yang dinikmati oleh perniagaan setempat.

“Berhubung dengan cadangan menjadikan Festival Air (Water Music Festival) sebagai acara tahunan pula, kerajaan pada dasarnya sentiasa terbuka untuk mempertimbangkan apa jua acara yang berpotensi memacu agenda pelancongan negara.

“Namun, kelulusan untuk menjadikannya acara tahunan perlu bersandarkan kepada penilaian menyeluruh,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta kementerian menyatakan pelan kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab utama industri hiburan serantau dan sama ada kerajaan bercadang menjadikan Festival Air Kuala Lumpur sebagai acara tahunan.

King Sing berkata, penganjuran acara berskala besar itu terbukti tidak hanya memanfaatkan penggiat seni, malah memberikan limpahan ekonomi yang meluas kepada sektor perhotelan, pengusaha makanan dan minuman, syarikat pengangkutan, serta perniagaan kecil.

“Pada masa yang sama, kerajaan memastikan ekonomi rakyat terus dilindungi menerusi peruntukan RM200 juta untuk Projek Lestari Niaga dan diskaun sewa sehingga 50 peratus kepada penjaja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

King Sing berkata, beberapa aspek lain perlu dinilai termasuklah keupayaan mengurus masalah logistik seperti kesesakan lalu lintas awam ketika penganjuran, nilai promosi kepada negara, serta tahap pematuhan acara berkenaan terhadap visi pelancongan kebangsaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN