KLIP 8: Kerajaan perkukuh tadbir urus digital

KLIP 8: Kerajaan perkukuh tadbir urus digital

TEO Nie Ching (tengah) pada Persidangan Antarabangsa Perhubungan Awam Kuala Lumpur ke-8 (KLIP).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkukuh tadbir urus digital, akauntabiliti platform serta keselamatan dalam talian bagi menghadapi cabaran era kecerdasan buatan (AI) serta penyebaran maklumat tidak sahih.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata, ia bagi memastikan tanggungjawab pengguna dan platform dalam talian terus terjaga serta keseluruhan aspek terus kekal terpelihara.

“Teknologi bukanlah masalah. Bahaya wujud apabila sistem beroperasi tanpa ketelusan atau tanpa perlindungan etika.

“Inilah sebabnya kerajaan kekal komited untuk memperkukuh keselamatan dalam talian, meningkatkan literasi digital serta melabur dalam keupayaan AI berdaulat yang memastikan kepentingan Malaysia sentiasa terpelihara,” katanya yang mewakili Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Antarabangsa Perhubungan Awam Kuala Lumpur ke-8 (KLIP).

Lebih 300 peserta dari Malaysia, Asean dan seluruh dunia terlibat dalam persidangan yang turut melibatkan wakil daripada syarikat multinasional, kementerian kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), organisasi media, institusi pengajian tinggi serta persatuan perhubungan awam serantau.

Dianjurkan World Communications, persidangan ini menghimpunkan pakar dari peringkat global dan rantau Asia Pasifik antaranya Global Alliance for Public Relations and Communication Management; ASEAN PR Network; Institut Perhubungan Raya Malaysia (IPRM); Perhimpunan Hubungan Masyarakat Indonesia (Perhumas);London School of Public Relations (LSPR) serta institusi-institusi terkemuka di seluruh rantau ini.

Tema persidangan tahun ini, “Zero Hour: The Trust Crisis – PR in an AI Driven World,” mmeberi tumpuan kepada usaha membina kepercayaan dalam cabaran penyebaran maklumat palsi, manipulasi digital dan perubahan teknologi pesat.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan World Communication Jafrfri Amin Osman berkata, komunikasi yang dipacu AI dan tindak balas krisis semasa kini mengubah landskap perubahan industri perhubungan awam

” KLIP diwujudkan bagi membantu pengamal industri menyesuaikan diri dengan reality baharu dengan jelas dan yakin.Ketika Malaysia dan ASEAN melangkah ke arah yang dipacu AI, pimpinan komunikasi perlu berkembang daripada sekadar pencerita kepada penasihat strategik yang membimbing organisasi berlandaskan wawasan , integrity dan matlamat yang jelas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN