Kemajuan teknologi mesti seiring tadbir urus baik

Kemajuan teknologi mesti seiring tadbir urus baik

ANWAR Ibrahim (tengah) bersama beberapa tokoh terkemuka dalam bidang teknologi dan akademik di luar persidangan Forum Megatrends Khazanah 2026, hari ini. FACEBOOK ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia perlu memastikan kemajuan dalam bidang teknologi dan ekonomi disokong oleh sistem pentadbiran serta institusi yang mampu menjamin integriti dan akauntabiliti.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang disentuh dalam perbincangan beliau bersama beberapa tokoh terkemuka dalam bidang teknologi dan akademik di luar persidangan Forum Megatrends Khazanah 2026, hari ini.

Beliau berkata, antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif SkyeChip, Datuk Fong Swee Kiang yang juga merupakan tokoh terkemuka dalam industri semikonduktor.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami sependapat mengenai keperluan Malaysia untuk bergerak melangkaui sektor pembuatan tradisional serta memperkukuh keupayaan dalam teknologi berimpak tinggi, khususnya dalam kitaran pertumbuhan pesat kecerdasan buatan (AI),” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, beliau turut mengadakan perbincangan bersama Profesor Charles O’Reilly dan Profesor Stephen Kotkin mengenai perubahan transformatif serta keperluan institusi untuk bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai teknologi.

Katanya, perbincangan itu turut menyentuh perkembangan landskap geopolitik dan ekonomi, termasuk persaingan kuasa-kuasa besar serta implikasi perubahan tersebut terhadap Malaysia.

“Perbincangan lebih luas kami turut menyentuh perkembangan landskap geopolitik dan ekonomi, termasuk persaingan kuasa-kuasa besar, serta implikasi perubahan tersebut terhadap Malaysia.

“Saya menegaskan bahawa kemajuan teknologi dan ekonomi perlu bergerak seiring dengan tadbir urus yang baik serta institusi yang kukuh. Tiada kompromi dalam usaha kita memerangi rasuah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN