RCI dedah Tabung Haji jadi alat kepentingan politik - Armada

RCI dedah Tabung Haji jadi alat kepentingan politik – Armada

HARRIS IDAHAM RASHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agensi penguatkuasa digesa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa terlibat dalam salah laku tadbir urus Tabung Haji (TH) ekoran pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) semalam.

Ketua Penerangan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Harris Idaham Rashid berkata, laporan RCI berkenaan menunjukkan berlaku manipulasi kewangan dan pelanggaran undang-undang berlaku secara sistemik antara tahun 2014 hingga 2017.

“Dilaporkan berlaku keuntungan palsu sebanyak RM3.4 bilion, sedangkan realitinya institusi ini mengalami defisit sebenar RM1.4 bilion.

“Pengisytiharan kadar hibah yang tinggi tetap dibuat demi kepentingan politik, walaupun ia jelas melanggar Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 kerana nilai aset TH adalah lebih rendah daripada jumlah liabilitinya (jurang defisit mencecah RM11 bilion),” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Harris turut menjelaskan dari segi pembayaran hibah yang tinggi tetap dibuat demi kepentingan politik walaupun ia jelas melanggar Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1995 kerana nilai aset TH adalah lebih rendah daripada jumlah liabilitinya.

“Malah kelulusan bonus kakitangan antara dua sehingga 13 bulan gaji tatkala institusi sedang bergelut dengan krisis kecairan parah, menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak amanah terhadap wang simpanan bakal haji,” katanya.

Tambah Harris, laporan RCI itu turut mendedahkan pelantikan ahli politik aktif dalam jawatan tertinggi yang didakwa menjadikan TH sebagai ‘alat ganjaran politik’.

“Apabila sebuah parti politik menguasai segala-galanya, institusi benteng umat Islam seperti Tabung Haji habis diperalatkan demi kelangsungan kuasa politik mereka,” katanya.

Katanya, langkah telus amat penting demi kepentingan rakyat dan para pendeposit untuk mengetahui hakikat sebenar.

Jelas Harris lagi, para pendeposit berhak berasa dikhianati apabila laporan RCI mendedahkan kepincangan nyata sepanjang era tersebut. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN