HARI Kebebasan Akhbar Sedunia disambut pada 3 Mei setiap tahun sebagai pengiktirafan terhadap peranan media dalam mempertahankan hak masyarakat untuk mendapatkan maklumat yang benar, seimbang dan bertanggungjawab. Di Malaysia, media massa terus berdepan pelbagai cabaran, namun tetap memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi Malaysia Madani. Malaysia era kini bergerak ke arah masyarakat yang hampir sepenuhnya terhubung secara digital. Keadaan ini menjadikan media digital sebagai saluran dominan dalam membentuk naratif nasional,…










