Dua hari hilang, wanita OKU ditemukan selamat

Dua hari hilang, wanita OKU ditemukan selamat

WANITA orang kurang upaya (OKU) ditemukan selamat dalam kawasan kebun getah di Kampung Lubok Simpol, Seri Rahmat, Kuala Krai, Kelantan selepas hilang dua hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Kebimbangan keluarga terhadap kehilangan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak dua hari lalu berakhir apabila mangsa ditemukan selamat dalam kawasan kebun getah di Kampung Lubok Simpol, Seri Rahmat di sini, semalam.

Mazlina Abdullah, 37, ditemukan oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada pukul 11.15 pagi, kira-kira 500 meter dari kediamannya selepas operasi pencarian dijalankan dengan bantuan bomba, agensi berkaitan dan penduduk setempat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai,Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata, tujuh anggota menjalankan operasi pencarian di kawasan kebun getah selepas menerima maklumat mangsa tidak pulang ke rumah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil maklumat keluarga, mangsa dipercayai keluar ke kebun getah bersama tiga individu lain pada pagi kelmarin sebelum gagal dikesan sehingga laporan dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Nik Ahmad Afsham berkata, operasi pencarian dijalankan sebaik sahaja pasukan bomba tiba di lokasi pada pukul 9.25 pagi dengan bantuan agensi berkaitan serta penduduk setempat.

“Mangsa yang merupakan seorang OKU ditemukan dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya untuk tindakan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini