1MDB: RM31.3 billion dana, aset diperoleh semula

1MDB: RM31.3 billion dana, aset diperoleh semula

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah dana dan aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebanyak RM31.3 billion yang diperoleh semula oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pemulihan tertinggi di dunia bagi kes jenayah kewangan berskala besar.

Jumlah dan dan aset yang berjaya diperoleh semula itu melibatkan 74.5 peratus daripada RM42 bilion keseluruhan dana dan aset 1MDB yang diseleweng.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, ia pencapaian penting dalam usaha berterusan SPRM mendapatkan semula aset negara yang telah diseleweng dalam skandal 1MDB.

Menurutnya, usaha itu bukan sahaja mencerminkan komitmen teguh Kerajaan Malaysia, malah selaras dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan setiap aset yang hilang dapat dikesan dan dikembalikan kepada negara.

“Nilai keseluruhan aset yang berjaya diperoleh semula setakat tahun 2025 ialah RM31,301,717,268.56 (lebih RM31.3 bilion).

“Pecahan peratusan pemulihan aset mengikut tahun ialah RM1,155,381,001.99 (RM1.155 bilion)(2019); RM14,257,701,636.31 (RM14.26 billion)(2020); RM5,117,828,963.99 (RM5.12 billion)(2021); RM400,386,825.68 (RM400.39 juta)(2022); RM8,088,157,675.09 (RM8.09 billion)(2023); RM715,954,391.27 (RM715.95 juta)(2024) dan RM1,566,306,774.23 (RM1.57 bilion)(2025),” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Jelas Azam, setakat 2025, Malaysia telah berjaya mendapatkan semula 74.5 peratus iaitu hampir tiga perempat daripada RM42 bilion dana 1MDB yang diseleweng.

Katanya, kadar pemulihan aset 1MDB ini dianggap pencapaian signifikan dan telah mendapat pengiktirafan antarabangsa.

“Pencapaian ini melebihi anggaran awal sebanyak 70 peratus atau RM30 bilion yang dinyatakan dalam beberapa laporan.

“Kejayaan ini merupakan antara kadar pemulihan aset tertinggi di dunia bagi skandal jenayah kewangan berskala besar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×