Jet pejuang Su-57E antara aset dipamer ROSOBORONEXPORT

Jet pejuang Su-57E antara aset dipamer ROSOBORONEXPORT

ANWAR Ibrahim bersama Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sewaktu menghadiri Pameran Perkhidmatan Pertahanan ASIA (DSA) & Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) 2026 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jet pejuang pelbagai peranan generasi kelima, Su-57E antara aset ketenteraan dipamerkan syarikat pengeksport senjata tunggal Rusia, JSC ROSOBORONEXPORT di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2026.

Ketua Pegawai Eksekutif JSC ROSOBORONEXPORT, Alexander Mikheev berkata, pesawat tersebut bukan sahaja mempunyai pengalaman tempur sebenar, malah mampu beroperasi dalam persekitaran peperangan elektronik (ECM) yang sengit.

“Dalam DSA 2026, kita mempamerkan barisan aset ketenteraan paling canggih dan teruji dalam pertempuran.

“Selain jet pejuang, Rusia turut mempamerkan kepakaran dalam teknologi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dan peluru berpandu merayau (loitering munitions) yang telah diuji dalam keadaan dunia sebenar,” katanya ketika ditemui di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Menurutnya, selain jet pejuang, Rusia turut mempamerkan kepakaran dalam teknologi sistem pesawat tanpa pemandu (UAV) dan peluru berpandu merayau (loitering munitions) yang telah diuji dalam keadaan dunia sebenar.

Katanya, antara sistem yang dipamerkan termasuk Sistem UAV iaitu model S350M-E (Supercam S350), Orlan-10E, dan Orlan-30,” katanya.

“Buat pertama kalinya, Rusia memperkenalkan Echo, sebuah penyelesaian canggih untuk menangani serangan siber moden di zon keselamatan siber.

“Selain itu, pelbagai peralatan untuk pasukan operasi khas seperti perisai badan Neptune-1 dan peranti pengesan bahan letupan mudah alih turut dipamerkan,” katanya.

Turut dipamerkan Peluru Berpandu Merayau: iaitu Sistem Lancet-E daripada ZALA dan KUB-2E oleh Kalashnikov Group.

Rusia turut mempamerkan pelbagai senjata ringan antaranya Pistol Lebedev 9mm, submesingan PPK-20, serta barisan terbaharu rifel serangan Kalashnikov seperti AK-15, AK-19, dan AK-308.

DSA 2026 antara pameran pertahanan terbesar di dunia dan menjadi acara paling penting di rantau Asia-Pasifik dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN