Adibah Omar tiga terbaik Dunia Anugerah PublisHer 2026

Adibah Omar tiga terbaik Dunia Anugerah PublisHer 2026

Adibah Omar (berbaju biru cerah) selepas mempersembahkan “Piagam Kanak-kanak” dalam bahasa Melayu di Pesta Buku Kanak-kanak Bologna, Itali baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Malaysia melakar sejarah dalam industri penerbitan global apabila Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar, tersenarai sebagai tiga finalis terbaik dunia bagi kategori Inovasi dalam Anugerah PublisHer Excellence 2026.

Pengiktirafan itu diumumkan sempena Pesta Buku Kanak-kanak Bologna yang berlangsung di bandar berkenaan di Itali baru-baru ini , sekali gus menjadikan Malaysia sebagai wakil pertama daripada Asia Tenggara yang mencapai kedudukan tersebut.

Daripada keseluruhan 53 pencalonan antarabangsa, pencapaian itu mencerminkan tahap daya saing serta kredibiliti Malaysia dalam landskap inovasi penerbitan global.

Anugerah berprestij berkenaan menghimpunkan tokoh wanita terkemuka dunia dalam industri penerbitan dengan penilaian berasaskan kepimpinan, inovasi dan impak terhadap ekosistem global.

Bagi kategori Inovasi, Adibah bersaing bersama Monique Leite daripada Brazil dan Kinga Jentetics daripada Amerika Syarikat, dengan anugerah tersebut dimenangi oleh Leite.

Selain itu, kategori Pemimpin Baharu dimenangi oleh Ana María Bermudez daripada Mexico, manakala kategori Pencapaian Sepanjang Hayat dianugerahkan kepada Ana Maria Cabanellas daripada Argentina.

Dalam acara sama, Adibah turut dijemput sebagai ahli panel dalam sesi PublisHer Lounge bersama ahli panel lain bagi membincangkan masa hadapan industri penerbitan global.

Perbincangan itu menekankan bahawa inovasi dalam penerbitan bukan sahaja bergantung kepada teknologi, malah perlu berpaksikan akses yang adil –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN