Rumah Bangsa terpakai untuk semua, bukan untuk individu tertentu

Rumah Bangsa terpakai untuk semua, bukan untuk individu tertentu

HASNI Mohamad (tengah) menyampaikan sumbangan BKJ kepada penerima pada Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 di Homestay Santai Parit Betak, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Inisiatif Rumah Bangsa perlu dilaksanakan secara terbuka dan tanpa halangan politik bersyarat terhadap mana-mana pihak yang ingin menyumbang kepakaran dan pengalaman.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, perkara itu perlu dilaksana agar ia tidak menjadi medan politik demi penyatuan masyarakat Melayu di negara ini.

Katanya, sebarang penyertaan ke dalam UMNO menerusi konsep Rumah Bangsa itu perlu dipermudahkan tanpa menunggu pertimbangan politik mana-mana pihak.

“Kita mahu masyarakat Melayu duduk dalam satu bumbung, kumpul kepakaran dan pengalaman tanpa persoalkan siapa nama-nama yang layak. Apa yang lebih penting adalah untuk menyumbang kepada kemakmuran Melayu, Islam.

“Ini kerana Rumah Bangsa bukan milik mana-mana pihak tertentu, ia bukan tempat kita nilai kesetiaan politik sebaliknya kesedaran bersama untuk memajukan negara,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 di Homestay Santai Parit Betak di sini semalam.

Sehubungan itu, bekas Menteri Besar Johor itu memberitahu konsep tersebut terpakai kepada semua pihak dan bukan hanya melibatkan beberapa nama pemimpin-pemimpin yang kini tidak lagi aktif bersama UMNO.

“Antara nama-nama yang banyak disebut berhubung perkara ini termasuklah Tan Sri Noh Omar; Khairy Jamaluddin; Datuk Seri Hishammuddin Hussein; Shahril Sufian Hamdan dan juga Datuk Maulizan Bujang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN