PRN Negeri Sembilan bakal jadi bukti Rumah Bangsa semakin diterima

PRN Negeri Sembilan bakal jadi bukti Rumah Bangsa semakin diterima

ISMAIL Sabri Yaakob
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Pengumuman awal Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di 25 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bukti jelas bahawa gagasan Rumah Bangsa diilhamkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, semakin diterima.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan satu pembaharuan positif dalam hubungan di antara BN dengan Perikatan Nasional (PN).

“Saya melihat pengumuman (calon BN) semalam sebagai satu pembaharuan dalam hubungan BN dan PN seperti disebut Presiden UMNO mengenai Gagasan Rumah Bangsa dan menandakan pendekatan itu semakin diterima.

“Saya percaya sekiranya hubungan antara BN dan PN kekal, ia akan membawa banyak kebaikan pada masa hadapan yang bukan sahaja mampu membawa kemenangan di Negeri Sembilan, tetapi juga (pilihan raya) di seluruh Malaysia.

“Justeru saya mengharapkan hubungan itu terus kekal dan tidak berpecah sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas berucap merasmikan sambutan Hari Perhubungan Awam Sedunia (World PR Day) 2026 di Taylor’s University, di sini, hari ini.

Turut hadir, Dekan Eksekutif Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Rekreasi Taylor’s University, Prof. Dr. Neethiahnanthan Ari Ragavan serta Pengerusi PRactioners, Datuk P. Kamalanathan.

Malam tadi, BN mengumumkan calon bagi 25 daripada 36 kerusi DUN pada PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini manakala 11 lagi kerusi akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, calon bagi baki 11 lagi kerusi DUN akan diumumkan kemudian selepas ia dimuktamadkan.

Ia membabitkan kerusi DUN Klawang, Serting, Lobak, Sikamat, Ampangan, Bukit Kepayang, Mambau, Paroi, Lukut, Bagan Pinang dan Gemas.

Menurut beliau, akan ada pengumuman lain untuk kerusi yang masih kosong itu kerana BN membuat persefahaman dengan ‘kawan’ yang boleh dipercayai pada PRN kali ini.

“Seperti disebut Datuk Seri Presiden atau Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) tadi, bahawa akan ada pengumuman lain kerana kita memasuki PRN Ke-16 ini, kita akan buat persefahaman dengan kawan.

“Tetapi jangan risau, kita tiada persefahaman dengan Linggi, kita buat persefahaman dengan rakan yang boleh dipercayai, insya-Allah,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN