Hampir sejuta penjawat awam berhutang

Hampir sejuta penjawat awam berhutang

ABDUL FATAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah pinjaman penjawat meningkat sebanyak 20 peratus daripada RM938 juta kepada RM943 juta dalam tempoh sebulan tahun ini, melibatkan seramai 900,826 peminjam.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya menerima 58,000 borang kebenaran potongan gaji pada Januari sebelum meningkat kepada 94,000 borang pada Februari 2026.

Beliau berkata, jumlah penjawat awam yang memohon pinjaman baharu menjelang musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri menunjukkan peningkatan kecil hampir satu peratus sahaja.

“Pinjaman meningkat lebih 20 peratus berdasarkan pada terimaan borang kebenaran potongan gaji iaitu 58,000 helai pada Januari kepada 94,000 helai pada Februari ini.

“Jumlah tuntutan potongan gaji yang diuruskan Angkasa untuk penjawat awam adalah RM 943 juta dan melibatkan 901,585 anggota pada Mac berbanding Februari 2026 ialah RM 938 juta dengan 900,826 anggota,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini dilaporkan, statistik Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan 4,194 kes kebankrapan membabitkan penjawat awam direkodkan antara 2020 hingga Jun 2025 iaitu sekitar 0.3 peratus daripada 1.6 juta penjawat awam di negara ini.

Abdul Fattah berkata, kebanyakan pinjaman yang diambil penjawat awam adalah gred rendah dengan pelbagai faktor.

Mengulas lanjut, beliau berkata antara alasan utama yang sering dikemukakan oleh penjawat awam ketika memohon pinjaman peribadi adalah bagi kegunaan peribadi.

“Selain itu, pinjaman tersebut turut digunakan bagi menampung kos rawatan kesihatan serta melakukan kerja-kerja ubah suai rumah,” katanya.

Sementara itu, Abdul Fattah berkata, Angkasa merupakan salah satu daripada enam agensi yang menguruskan potongan gaji penjawat awam.

“Ketika ini terdapat enam agensi yang mengendalikan potongan gaji penjawat awam termasuk Angkasa. Sekiranya pinjaman dibuat melalui institusi atau industri lain, kemungkinan ia diuruskan oleh agensi berbeza.

“Pemberian kod potongan gaji pula hanya dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Penjawat awam tidak semestinya membuat potongan gaji melalui Angkasa kerana mereka juga boleh menggunakan syarikat lain, namun konsep potongan tersebut tetap sama,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN