MyKad jadi hadiah lebaran lima beradik - Utusan Malaysia

MyKad jadi hadiah lebaran lima beradik

DARI kiri Sara Izzatul Fazlina Mohd. Nazri, Shahril Amirul Amir, Shahril Izzat dan Sarah Sofia Izza menerima kad pengenalan masing-masing sambil ditemani Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota, Nik Mohd. Ridzuan Kamarudin (tengah) di Kampung Cherating di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat lima beradik di Kampung Cerating di sini, yang menerima kad pengenalan (MyKad) ma­sing-masing, kelmarin.

Shahril Izzat Mohd. Nazri, 23; Sarah Sofia Izza, 20; Sara Izzatul Fazlina, 18; Shahril Amirul Amir, 15, dan Shahril Amirul Amar, 15, sebelum ini tiada dokumen pengenalan diri atas sebab-sebab tertentu.

Mereka menerima kad pengenalan yang diserah sendiri oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Badrul Hisham Alias.

Adik bongsu mereka, Sara Akira Eliza pula akan menerima kad pengenalan selepas umur­nya genap 12 tahun pada 23 Mac ini.

Ibu mereka, Hazlina Husin, 47, berkata, perkembangan itu dianggap sebagai hadiah bermakna menjelang Syawal kera­na mereka sekeluarga bakal menyambutnya dalam sinar baharu.

“Saya jangka hanya empat anak menerima kad pengenalan terlebih dahulu manakala anak sulung terpaksa menunggu kerana usianya sudah melebihi 20 tahun dan prosesnya hanya boleh dilakukan di Putrajaya.

“Syukur kerana Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mempermudah urusan dan kelima-lima anak menerima kad pengenalan serentak kecuali anak bongsu kerana dia belum cukup umur.

“Lebih mengharukan Ketua Pengarah dan Pengarah negeri sendiri datang ke rumah untuk menyerahkannya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pada Januari lalu, akhbar ini melaporkan, enam beradik di Cherating membesar dalam keadaan serba kekurangan dan terpinggir daripada sistem pendidikan serta bantuan kerajaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN