Kebakaran lereng bukit Puncak Jalil berjaya dipadam sepenuhnya

Kebakaran lereng bukit Puncak Jalil berjaya dipadam sepenuhnya

KEBAKARAN yang berlaku di lereng bukit Puncak Jalil, dekat sini, semalam - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kebakaran yang berlaku di lereng bukit Puncak Jalil, dekat sini seluas 14.9 hektar berjaya dipadam sepenuhnya awal pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pemadaman kebakaran hutan seluas 1.49 hektar itu berjaya dipadam sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada 3.48 pagi.

Menurutnya, pemantauan susulan akan dilakukan di lokasi hari ini.

“Operasi memadam kebakaran itu dibahagikan kepada enam sektor utama dan kesemua sektor berjaya dipadamkan.

“Seramai 27 anggota bomba terbabit dalam Kebakaran membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan, BBP Cyberjaya, BBP Puchong dan BBP Subang Jaya,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN