MPAJ buka permohonan lesen sementara jual bunga api sempena Raya

MPAJ buka permohonan lesen sementara jual bunga api sempena Raya

MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA (MPAJ)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG JAYA: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini membuka permohonan lesen sementara jualan bunga api sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026.

MPAJ memaklumkan, tempoh jualan yang dibenarkan bagi pemegang lesen perniagaan sementara itu ditetapkan bermula 24 Februari hingga 25 Mac ini.

Walau bagaimanapun, MPAJ menegaskan bahawa setiap kelulusan permohonan adalah tertakluk kepada kesesuaian tapak perniagaan di samping wajib mendapatkan kelulusan rasmi daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dahulu.

“Bagi peniaga yang berminat untuk merebut peluang ini, borang permohonan lesen sementara tersebut boleh dimuat turun dengan mudah menerusi laman web rasmi majlis di www.mpaj.gov.my.

“Borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen sokongan hendaklah dihantar secara terus ke kaunter permohonan lesen yang terletak di Aras 4, Menara MPAJ,” katanya dalam kenyataan.

Orang awam dan peniaga boleh menghubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ di talian 03-42857344 untuk maklumat lanjut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×