Empat lelaki direman tiga hari susulan pergaduhan di Jelutong - Utusan Malaysia

Empat lelaki direman tiga hari susulan pergaduhan di Jelutong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Polis menahan enam lelaki warga tempatan dengan empat daripada mereka kini direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Khamis.

Ia bagi membantu siasatan berhubung satu kes pergaduhan beramai-ramai di hadapan sebuah restoran di Jalan Lenggong, Jelutong, di sini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 petang semalam itu, sekumpulan lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 28 tahun dipercayai telah terlibat dalam pergaduhan tersebut.

“Hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan daripada pertikaian urusan jual beli sebuah kereta antara dua pihak yang terlibat,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular rakaman video mengenai pergaduhan berkenaan di media sosial sehingga mencetuskan kekacauan kepada orang awam yang kebetulan berada di kawasan itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN