Lelaki bawa kerambit ketika main bola ditahan bersama kekasih

Lelaki bawa kerambit ketika main bola ditahan bersama kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan dua individu termasuk lelaki dipercayai mengeluarkan senjata dalam kes pergaduhan di Padang KLFA, Desa Melati, Kuala Lumpur, Ahad lalu. 

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, lelaki berusia 22 tahun itu ditahan kira-kira pukul 6.30 petang semalam oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

“Selain lelaki itu, kita turut menahan seorang wanita dipercayai bukan warganegara yang juga teman wanitanya. Mereka ditahan di sebuah rumah di Klang, Selangor. 

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku telah mengeluarkan senjata tajam iaitu kerambit bagi mempertahankan diri ketika kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. 

Jelas beliau, suspek lelaki ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

“Teman wanita suspek ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah,” katanya.

Isnin lalu, media melaporkan polis sedang mengesan seorang pemain bola sepak yang disyaki membawa senjata tajam dalam kes pergaduhan di Padang KLFA. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN