Dasar seragam baharu AirAsia lebih inklusif - Mohd. Na’im

Dasar seragam baharu AirAsia lebih inklusif – Mohd. Na’im

RUU Mufti Wilayah
MOHD. NA'IM MOKHTAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan AirAsia membenarkan kru kabin wanita memakai hijab ketika bertugas di semua laluan penerbangan bermula tahun hadapan disifatkan sebagai langkah progresif dan amat dialu-alukan. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar, langkah itu menunjukkan komitmen syarikat terhadap prinsip kepelbagaian, keterangkuman dan penghormatan kepada tuntutan agama dalam kalangan pekerja Muslimah AirAsia.

“Saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada syarikat penerbangan terkemuka, AirAsia atas pengumuman dasar pakaian seragam baharu yang lebih inklusif. ​Saya menyambut baik keputusan matang pihak pengurusan AirAsia.

“Tidak lupa juga untuk saya menyampaikan ucapan tahniah dan penghargaan khusus kepada para asatizah dan pihak terlibat yang telah gigih mengadakan perbincangan dan libat urus secara berterusan dengan pihak AirAsia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Mohd Na’im berkata, usaha murni itu merupakan kunci kejayaan dalam merealisasikan pilihan seragam berhijab yang dijangka akan mula dilaksanakan pada suku pertama 2026.

“​Saya berharap keputusan AirAsia ini akan menjadi contoh terbaik kepada syarikat-syarikat korporat lain di Malaysia untuk sentiasa prihatin dan menyokong kebebasan serta hak setiap pekerja dalam menjalankan tuntutan agama mereka selaras dengan semangat perlembagaan negara dan nilai-nilai Malaysia Madani,” katanya.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, AirAsia memperkenalkan pembaharuan dalam polisi pemakaian seragam yang kini membenarkan semua kru kabin wanita memilih untuk memakai hijab semasa bertugas.

Pembaharuan polisi itu selaras dengan budaya kerja bagi setiap Allstar merasa yakin, selesa dan bangga mewakili syarikat penerbangan di mana sahaja mereka terbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN