Amaran ribut petir di sembilan negeri

Amaran ribut petir di sembilan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di sembilan negeri sehingga pukul 8 malam ini.

METMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) per jam atau lebih, mungkin berlaku atau berterusan lebih satu jam.

Kawasan yang terlibat ialah di Perak termasuk Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, manakala di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Wilayah Persekutuan yang terjejas ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sementara Negeri Sembilan mencatatkan Port Dickson sebagai kawasan terlibat.

Di Johor, kawasan terjejas ialah Batu Pahat dan Pontian selain Sarawak melibatkan Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song, Kapit, Bukit Mabong) dan Limbang.

Di Sabah, kawasan terjejas termasuk pedalaman seperti Sipitang, Tenom, Kuala Penyu dan Beaufort, serta Pantai Barat meliputi Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN