Undi awal PRN Sabah esok

Undi awal PRN Sabah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 semakin dirasai apabila 24,426 pengundi awal akan menunaikan tanggungjawab mereka esok.

Sebanyak 58 pusat pengundian awal akan dibuka serentak di seluruh negeri bermula pada 8 pagi, sebelum ditutup secara berperingkat.

Daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 11,697 pengundi awal terdiri daripada tentera dan pasangan, manakala 12,729 lagi membabitkan anggota polis serta pasangan.

Antara lokasi pusat mengundi awal ialah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, ibu pejabat polis daerah serta kem-kem tentera di seluruh negeri.

Selepas selesai pengundian awal, semua kertas undi tidak akan dikira serta-merta, sebaliknya proses pengiraan akan dilaksanakan semasa hari pengundian pada Sabtu, 29 November ini.

Pilihan raya negeri kali ini menyaksikan sebanyak 596 calon bertanding untuk merebut 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 74 daripadanya ialah calon yang bertanding atas tiket Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN