Slogan bukan jaminan kemajuan Sabah

Slogan bukan jaminan kemajuan Sabah

HAJIJI Noor (dua dari kiri) menghadiri Kempen Mega Tamparuli GRS di tapak tamu Pekan Tamparuli.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPARULI: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November ini amat penting kerana merupakan penentu hala tuju kerajaan akan memerintah negeri untuk lima tahun lagi.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sudah banyak parti lain sebelum ini menawarkan pelbagai janji, malah ada pernah diberi kesempatan rakyat untuk mentadbir sebagai kerajaan dan kini sekali lagi bertanding membawa pelbagai slogan baharu.

Katanya, GRS sudah membuktikan selama lima tahun pelbagai usaha dan kejayaan dibawa kepada Sabah dalam membela rakyat miskin yang tidak pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini.

“Ada yang datang dari seberang bawa slogan Kasi Bagus Sabah, saya pun tidak tahu apa dia mahu kasi bagus Sabah. Ada parti lain pernah gagal dua tahun setengah memerintah Sabah, slogan dia selamatkan Sabah, apa yang mahu diselamatkan? 

“Slogan ini tidak boleh pakai di Sabah, Sabah mahu maju ke depan,” katanya ketika berucap pada Kempen Mega Tamparuli GRS di Tapak tamu Pekan Tamparuli di sini hari ini.

Beliau menyifatkan slogan parti terbabit bertentangan dengan realiti sebenar pencapaian dilakar kerajaan GRS selama lima tahun lalu.

Hajiji berkata jika mahu maju, rakyat Sabah perlu memilih GRS, termasuk di kawasan DUN Tamparuli dan Kiulu.

“Hanya yang buta mata atau sengaja tidak mahu tahu apa yang dilakukan GRS selama lima tahun lalu menafikan pencapaian GRS,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN