PRN Sabah: Pesuruhjaya Pas Sabah berdepan 10 calon

PRN Sabah: Pesuruhjaya Pas Sabah berdepan 10 calon

ALIAKBAR Gulasan (tiga dari kiri) sewaktu perarakan dari Likas Golf Driving Range menuju ke Drop Point Jalan Teluk Likas sebagai simbolik permulaan rasmi proses penamaan calon.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Pas Sabah, Datuk Dr Aliakbar Gulasan berdepan saingan 11 penjuru bagi DUN N.16 Karambunai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Calon lain turut bertanding di DUN Karambunai ialah daripada Barisan Nasional, Parti Bumi Kenyalang, Parti Kebangsaan Sabah, Parti Gemilang Anak Sabah, Gabungan Rakyat Sabah, Parti Damai Sabah, STAR, Warisan, Parti Pertubuhan Perpaduan Rakyat Kebangsaan Sabah dan Parti Impian Sabah.

Pengurus Pilihan Raya N.16 Karambunai, Fulan Abdullah mengumumkan senarai nama-nama calon yang bertanding pada Majlis Penamaan Calon bagi DUN tersebut di Dewan Maksak Likas di sini hari ini.

Sebelum itu, perarakan mengiring Aliakbar selaku calon PN bermula dari Likas Golf Driving Range menuju ke Drop Point Jalan Teluk Likas sebagai simbolik permulaan rasmi proses penamaan calon.

Antara pimpinan menyertai perarakan tersebut ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud dan Pengarah Pilihan Raya Pas negeri, Tan Sri Annuar Musa.

Dr Aliakbar, 54, memiliki latar belakang akademik cemerlang dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Geografi Bandar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Sebelum ini, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lantikan bagi penggal 2020–2025, pernah memegang jawatan Pengerusi Kumpulan Medic Iman (KMI) Tawau Medical Centre (2025) serta Ahli Majlis Tertinggi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sejak 2023.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 24 tahun (1996–2020) dan memegang jawatan Pengerusi Lembaga Koko Malaysia (LKM) dari 2020 hingga 2021. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN