Kertas siasatan kematian Noorizwan dirujuk AGC Rabu ini

Kertas siasatan kematian Noorizwan dirujuk AGC Rabu ini

M. KUMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan kes kematian Allahyarham Noorizwan Zulkefly, 42, yang ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada Rabu ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Datuk M. Kumar berkata, siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 331 Kanun Keseksaan.

Katanya, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mengambil alih siasatan akan merujuk kertas siasatan berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara untuk arahan dan nasihat lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan merujuk kertas siasatan ke AGC, Rabu ini dan menunggu cadangan mereka untuk tindakan lanjut.

“Apa yang boleh saya sahkan terdapat kecederaan fizikal yang ketara pada tubuh tahanan itu berdasarkan rakaman percakapan doktor dan pakar patologi.

“Kecederaan-kecederaan fizikal ini bukan akibat perbuatan sendiri. Dua perkara ini saya boleh sahkan namun punca kematian masih dalam siasatan pihak hospital,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman hari ini. 

Dalam perkembangan sama, Kumar turut mengesahkan menerima laporan daripada seorang doktor pakar forensik yang mendakwa diganggu oleh sekumpulan peguam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah, Seksyen 507 KK kerana membuat kenyataan dengan niat untuk menyebabkan gangguan dan ketakutan. 

“Turut disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun KK kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 189 KK kerana ugutan terhadap penjawat awam. 

“Setakat ini, pihak polis telah merakam 14 keterangan termasuk doktor, seorang ahli keluarga dan tiga peguam bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, siasatan berhubung laporan doktor itu masih berjalan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian.

“Kita masih dalam proses mengambil keterangan beberapa lagi individu termasuk pihak keluarga mangsa,” katanya.

Allahyarham Noorizwan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini, berkaitan kes yang disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Pada 30 September lalu, Allahyarham dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras, bagi mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul pukul 1.52 pagi, 1 Oktober lalu.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini