PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025

PM ucap selamat maju jaya kepada calon SPM 2025

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada lebih 400,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang mula menduduki peperiksaan itu hari ini.

Beliau turut menitipkan pesanan agar calon-calon kekal tenang dan yakin dengan usaha yang telah dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran serta persediaan menghadapi peperiksaan penting itu.

“Inilah saat untuk menterjemahkan segala usaha, pengorbanan, setiap malam tanpa lena dan tiap doa yang tidak pernah putus selama ini,” katanya dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

Anwar turut menasihatkan calon SPM agar terus berdoa serta percaya bahawa doa ibu bapa, guru dan seluruh rakyat Malaysia mengiringi perjuangan mereka.

“Moga setiap usaha diberkati, setiap langkah dipermudah dan anda semua memperoleh keputusan cemerlang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN