Keputusan SPM Ulangan diumum Khamis ini

Keputusan SPM Ulangan diumum Khamis ini

Keputusan SPM Ulangan diumum Khamis ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA- Seramai 12,974 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2026 boleh menyemak keputusan peperiksaan itu yang akan dikeluarkan pada Khamis ini.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, calon boleh membuat semakan keputusan peperiksaan SPMU Tahun 2026 secara dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my.

“Semakan boleh dibuat bermula 20 Ogos pukul 10 pagi sehingga 26 Ogos pukul 6 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU bagi tahun 2026,” katanya ringkas dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×