Waktu pengajaran seminggu bagi BM, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dikekal 12 waktu dalam KP2027

Waktu pengajaran seminggu bagi BM, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dikekal 12 waktu dalam KP2027

Waktu pengajaran seminggu bagi BM, Bahasa Cina, Bahasa Tamil dikekal 12 waktu dalam KP2027
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Waktu pengajaran seminggu bagi Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan (SK), Bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Bahasa Tamil di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dikekalkan sebanyak 12 waktu dalam pelaksanaan Kurikulum Persekolahan 2027 (KP2027).

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, ia hasil penelitian dan perbincangan bersama ketika sesi libat urus dengan pihak berkepentingan berhubung peruntukan waktu pengajaran bahasa dalam KP2027.

“Ketetapan ini memastikan peruntukan waktu pengajaran bahasa berkenaan tidak dikurangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“KPM merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbangkan pandangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPM berkata, penguasaan bahasa dan keperluan pembelajaran murid di semua aliran sekolah kekal menjadi keutamaan dalam pembaharuan kurikulum negara.  – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini