KPM tidak lepas tangan isu keselamatan murid, pelajar

KPM tidak lepas tangan isu keselamatan murid, pelajar

FADHLINA Sidek
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Kementerian Pendidikan (KPM) tidak bersikap lepas tangan atau tidak tanggungjawab terhadap sebarang aspek keselamatan yang melibatkan murid dan pelajar di sekolah.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pada masa yang sama, para pentadbir sekolah juga perlu memberi keutamaan terhadap keselamatan infrastruktur di sekolah bagi memastikan insiden kehilangan nyawa di institusi pendidikan itu tidak berulang pada masa depan.

“Soal keselamatan ini mesti menjadi tanggungjawab penuh pentadbir bagi memastikan kejadian sebegini tidak berulang. 

“Dalam hal ini, pelbagai intervensi dan mekanisme telah diambil untuk menambah baik aspek keselamatan, termasuk di kawasan yang berisiko kemalangan.

“Begitu juga dengan aspek penyelenggaraan. Ia amat penting dan memerlukan komitmen serta tindakan segera daripada pihak pentadbir,” katanya selepas merasmikan Program Wacana Fikrah Siddiq Fadzil di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa kes murid sekolah terjatuh dalam saluran kumbahan di sebuah sekolah di Lenggeng, Nilai pada 27 September lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, tindakan itu diambil selepas siasatan mendapati, kejadian berkenaan merupakan satu kemalangan dan tiada unsur pengabaian.

Menurut Fadhlina, ketika ini, KPM telah mengambil pelbagai intervensi dan juga mekanisme dalam menambah baik aspek keselamatan di sekolah termasuk di kawasan kemalangan ataupun lokasi yang tidak dijangka.

“Jadi, mudah-mudahan semua tindakan ini diberikan tumpuan oleh pentadbir dan kita tambah baik untuk mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa hadapan,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN