Calon berundur demi kerjasama PH–GRS

Calon berundur demi kerjasama PH–GRS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Tindakan calon Pakatan Harapan (PH), Abdul Halim Sidek Gulam Hassan menarik diri bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah langkah penting dalam memperkukuhkan kerjasama politik antara PH dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Calon GRS DUN Silam, Datuk Mizma Appehdullah berkata, keputusan itu menunjukkan bahawa PH menhormati kerjasama GRS-PH yang telah dipersetujui.

“Agak mengejutkan juga, namun disebaliknya, ia meredakan kekeliruan yang sebelum ini timbul akibat wujudnya pertandingan banyak penjuru di kawasan tersebut.

“Jelas menunjukkan komitmen PH terhadap perjanjian kerjasama dengan GRS. Kini penyokong lebih yakin bahawa persefahaman politik antara kedua-dua gabungan dihormati,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Beliau menambah, gerakan bersama jentera GRS dan PH kini lebih mudah khususnya di kawasan berdekatan seperti Segama.

“Berbanding sebelum ini, agak janggal untuk saya membawa nama PH di Silam. Sekarang jentera boleh bergerak bersama tanpa rasa ragu,” ujarnya..

DUN Silam kini menyaksikan persaingan lapan penjuru iaitu Mizma Appehdullah (GRS); Musa Mabul (BN-UMNO); Mohammad Yusof Apdal (Warisan); Borkes @ Balkis Kalinggalan (PN); Amat Kawoh @ Abd Rahman (Bebas); Mohammad Enriquez (SPP); Brahim Bisel (PIS); Mohd Syafiq Iqhmal Saharudin (PKS).

Keputusan ini dijangka memberi impak signifikan terhadap pola undi, terutamanya bagi penyokong PH dan GRS yang sebelum ini menghadapi dilema pilihan calon. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN