PAPAR : Sebanyak 603 kes kesalahan pilihan raya direkodkan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sehingga malam tadi.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Ramlan Harun berkata, daripada jumlah itu, 81 kes telah dirujuk kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata, lima kes dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baki kes lain pula ditangani oleh pihak SPR sendiri.
“Kesalahan di bawah SPR melibatkan kesalahan kecil seperti penggunaan bahan kempen yang tidak mematuhi peraturan.
“Kita telah ambil tindakan sewajarnya termasuk menuru301125-PRN-kesalahan-PRNnkan poster yang tidak sesuai,” katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau perjalanan pengundian di Sekolah Kebangsaan Kawang, hari ini.
Ramlan turut memaklumkan bahawa SPR mengekalkan unjuran 60 peratus kadar keluar mengundi pada PRN kali ini.
“Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan keluar mengundi ialah 31.3 peratus. Ia sedikit rendah berbanding pilihan raya lepas yang mencatat sekitar 32 peratus pada waktu sama.
“Kita berharap cuaca yang cerah hari ini berterusan sehingga petang bagi membolehkan lebih ramai pengundi keluar menunaikan tanggungjawab,” katanya.
Menurut beliau, keputusan awal PRN Sabah dijangka dapat diumumkan sekitar jam 10 malam, manakala keputusan penuh dijangka diperoleh sekitar 12 tengah malam. – UTUSAN










