Undang-Undang DFA diperkenal, percepat usaha pulih aset akibat salah guna kuasa

Undang-Undang DFA diperkenal, percepat usaha pulih aset akibat salah guna kuasa

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan kerangka undang-undang Perjanjian Pendakwaan Tertangguh (DPA) dalam memberi ruang untuk mempercepatkan usaha pemulihan aset.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, SPRM bersama dengan Jabatan Peguam Negara kini sedang giat dalam usaha untuk merangka peruntukan bagi tujuan tersebut termasuk usaha mengurangkan kerugian dana awam akibat salah guna kuasa, serta meningkatkan keberkesanan pendakwaan kes rasuah korporat.

“DPA telah lama diamalkan di negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom.

“Segala usaha ini tidak mungkin dapat dilaksanakan tanpa iltizam politik yang jelas serta sokongan penuh daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika berucap pada majlis sambutan Ulang Tahun SPRM KE-58
dan peluncuran Keep Malaysia Clean (KMC), di sini hari ini.

Azam berkata, sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, SPRM telah berjaya memulihkan lebih RM28 bilion hasil usaha pemulihan aset.

Katanya, kejayaan ini tidak datang secara bersendirian, tetapi hasil kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN), Kementerian Perdagangan DalamNegeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), JabatanPeguam Negara, serta rakan antarabangsa melalui mekanisme Mutual Legal Assistance (MLA).

Jelasnya, antara pencapaian terbaharu ialah penyelesaian kes JPMorgan Chase & Co., yang menyaksikan Malaysia memperoleh kembali sebanyak As$330 juta (RM1.4 bilion).

“Hasil siasatan bersama Malaysia Asset Recovery Task Force (MATF) dengan kerjasama DOJ, FBI, OAG Switzerland dan lain-lain pihak, Malaysia kini berada pada landasan betul dalam usaha mengembalikanhak rakyat yang telah diseleweng.

“Melalui penubuhan MATF ini, tindakan proaktif berjaya diambil terhadap aktiviti haram berskala besar, termasuk membanteras aliran kewangan haram.

“Malaysia kini dilihat sebagai lead agency dalam kalangan negara ASEAN dalam penguatkuasaan antirasuah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN