Giliran ‘Ultras Malaya’ berhimpun di kedutaan AS

Giliran ‘Ultras Malaya’ berhimpun di kedutaan AS

MASZUREEN HADZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan penyokong Harimau Malaya, Ultras Malaya mula berhimpun di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sebagai tanda protes ke atas sekatan misi Global Sumud Flotilla (GSF) oleh Israel hari ini.

Kumpulan itu mula berarak pada pukul 9 malam tadi.

Kelihatan peserta kumpulan itu memakai baju warna hitam berarak sejauh kira-kira 300 meter ke Kedutaan AS dengan mengibarkan bendera Palestin.

Mereka berarak dengan membawa sepanduk ‘Merdeka Palestin’.

Beberapa laungan kecaman ke atas Israel turut berkumandang sepanjang perarakan tersebut.

Terdahulu, Perdana Meteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera Israel yang menahan 23 rakyat Malaysia yang menyertai GSF.

Mengesahkan perkara itu, Anwar dilaporkan berkata, beliau telah menghubungi rakan sejawat dari Qatar, Sheikh Mohammed Abdulrahman Al Thani dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan bag memaklumkan perkara tersebut.

Anwar menegaskan tindakan Zionis itu kejam kerana keprihatinan sukarelawan adalah atas prinsip kemanusiaan mahu membantu rakyat Gaza yang lemah, kelaparan dan sakit melibatkan golongan wanita dan kanak-kanak.

Sebelum ini media melaporkan, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby mengesahkan kapal GSF telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika konvoi itu menuju ke Gaza bagi misi kemanusiaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×