PNB peruntuk RM1.32j untuk dua Kampung Angkat Madani

PNB peruntuk RM1.32j untuk dua Kampung Angkat Madani

ABDUL Rahman Ahmad (dua dari kiri) bersama Dr. Muhamad Akmal (tengah) di Majlis Kampung Angkat Madani PNB di Kampung Merlimau Pantai, Melaka hari ini.-UTUSAN/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Permodalan Nasional Berhad (PNB) memilih Kampung Merlimau Pantai di Melaka dan Kampung Telok Kandih di Kedah sebagai lokasi perintis Kampung Angkat Madani.

Ia melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.32 juta bagi memperkasa pendidikan, keusahawanan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, projek di Merlimau memberi fokus kepada pelancongan mampan serta perusahaan kecil yang dilihat mampu merancakkan lagi ekonomi desa.

“Kami juga akan melihat keperluan infrastruktur baharu seperti lokasi makanan yang boleh menarik pelancong, selain turut menyediakan tajaan istimewa di bawah program Budi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk asnaf untuk semua pelajar tempatan di sini.

“PNB juga menaja dua buah sekolah di Merlimau serta menganjurkan pelbagai aktiviti pendidikan dan komuniti,” katanya selepas merasmikan program berkenaan di Kampung Merlimau Pantai, di sini, hari ini.

Tambah Abdul Rahman, pendekatan bersepadu itu bukan sahaja memberi nilai tambah kepada masyarakat, malah mampu menjadikan Merlimau sebagai model kampung pelancongan desa moden yang mapan.

Program di Kedah pula, jelasnya, lebih berorientasikan pembangunan perniagaan dan memupuk potensi keusahawanan penduduk tempatan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyifatkan inisiatif PNB itu sebagai suntikan besar terhadap ekonomi serta pendidikan rakyat.

“PNB sudah membantu kita dalam pelbagai aspek termasuk infrastruktur malah mereka menaja pelajar di Politeknik Merlimau sehingga tamat pengajian selain mengambil dua sekolah angkat untuk dibantu dalam bidang akademik.

“Selain itu, peniaga kecil turut menerima sokongan berupa peralatan seperti mesin tebu, ketuhar gelombang mikro dan pelbagai lagi bantuan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN