MRSM, SBP akan diwajibkan miliki Ensiklopedia Hadis

MRSM, SBP akan diwajibkan miliki Ensiklopedia Hadis

selepas merasmikan ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentashih Mawsu'ah Ahadith Al-qiyam (Ensiklopedia Hadis Nilai) Jilid 1 Hingga 4 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) akan diwajibkan memiliki Ensiklopedia Hadis Nilai Jilid 1 hingga 4 yang dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Mac tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tersebut sedang melalui proses penterjemahan dan semakan yang dijadualkan selesai pada Disember ini.

Katanya, ensiklopedia tersebut bukan sahaja akan menjadi rujukan penting dalam bidang keilmuan Islam, malah akan diwajibkan untuk dimiliki oleh semua sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pendidikan.

“Saya telah mengadakan persepakatan dengan Menteri Pendidikan agar semua sekolah berasrama penuh wajib membeli ensiklopedia ini.

“Saya juga akan berbincang dengan Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya MRSM turut memiliki naskhah ini,” katanya selepas merasmikan ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentashih Mawsu’ah Ahadith Al-qiyam (Ensiklopedia Hadis Nilai) Jilid 1 Hingga 4 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di sini, semalam.

Selain itu, Zahid turut menekankan kepentingan ensiklopedia tersebut untuk institusi pengajian tinggi, dengan menyatakan universiti-universiti di seluruh negara dijangka memerlukan beberapa jilid sebagai bahan rujukan akademik.

“Pejabat saya akan berusaha mencari dana tambahan bagi menampung kos penerbitan yang dijangka mencecah jutaan ringgit.

“Kita tidak mahu membebankan kerajaan, tetapi melalui penjualan dan kemungkinan cetakan semula, kos dapat dikurangkan dan pengedaran dapat diperluaskan,” katanya.

Beliau turut menyatakan beberapa institusi mungkin akan menerima naskhah secara percuma bergantung kepada kemampuan kewangan semasa.

Ensiklopedia Hadis Nilai ini dilihat sebagai satu usaha penting dalam memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap nilai-nilai Islam melalui hadis dan dijangka memberi impak besar kepada pendidikan serta pembangunan ilmu di negara ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN