Remaja maut motosikal rempuh basikal - Utusan Malaysia

Remaja maut motosikal rempuh basikal

KEADAAN basikal yang terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal di Jalan Batu Lintang, Sungai Petani. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang remaja lelaki maut setelah motosikal dinaiki bersama rakannya terlibat kemalangan dengan sebuah basikal di Jalan Batu Lintang, tengah malam tadi.

Mangsa, Muhammad Amirul Wafiuddin Burhanuddin, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, mangsa dalam perjalanan dari Kampung Teluk Baiduri ke Teluk Wang Besar dengan membonceng motosikal Yamaha Y15 ditunggang rakan seusianya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semasa di lokasi kejadian, motosikal mereka dipercayai melanggar sebuah basikal dinaiki  lelaki berusia 57 tahun yang sedang berkayuh di di hadapan.

“Akibat pelanggaran, kedua-dua remaja itu terjatuh ke bahu jalan sementara penunggang basikal terjatuh di atas jalan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Hanyan, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada penunggang motosikal yang gagal mengawal kenderaannya lalu melanggar penunggang basikal.

Tambah beliau, rakan mangsa dan penunggang basikal berkenaan turut cedera parah dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini