Dua beradik lemas disahkan beragama Islam

Dua beradik lemas disahkan beragama Islam

SEBUAH kereta yang dinaiki mangsa dibawa naik selepas menggelongsor ke dalam Sungai Linggi dalam kejadian di Tanjung Agas, Linggi, Port Dickson, Khamis lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua beradik yang meninggal dunia akibat lemas dalam kejadian kereta mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas, Port Dickson, minggu lalu diputuskan sebagai beragama Islam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu diputuskan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah serta urusan pengebumian dijangka dilakukan petang ini.

“Dua beradik berkenaan telah diputuskan sebagai beragama Islam dan jenazah dijangka bakal dikebumikan petang ini juga,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan dua beradik meninggal dunia selepas kenderaan dinaiki menggelongsor ke dalam sungai di Tanjung Agas, Linggi, Port Dickson pada Khamis lalu.

Susulan nahas itu, dua individu ditahan reman selepas memberikan keterangan meragukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson.

Semakan rekod lampau terhadap suspek lelaki didapati terdapat sebanyak 16 kes di mana empat kes masih dikehendaki (wanted) manakala suspek wanita tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. 

Dalam pada itu, semakan ke atas kereta terbabit didapati merupakan kenderaan yang dilaporkan hilang,” katanya.

Setakat ini seramai 15 individu termasuk termasuk ibu kepada dua beradik yang maut akibat lemas selepas kenderaan dinaiki mengelongsor ke dalam Sungai Linggi di Tanjung Agas di Port Dickson, Khamis lalu telah diambil keterangan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN