Amanah mohon lima kerusi DUN PRN Sabah

Amanah mohon lima kerusi DUN PRN Sabah

ADLY Zahari ketika berucap pada Konvensyen Amanah Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Midlands, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (Amanah) memohon kepada Pakatan Harapan (PH) agar diberi peluang bertanding lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Naib Presiden Amanah, Adly Zahari berkata, permohonan itu dibuat setelah melakukan perbincangan dengan kepimpinan PH, Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Buat masa ini, Amanah mohon lima kerusi, namun jumlah muktamad (berapa yang Amanah bertanding) akan diputuskan selepas rundingan terakhir bersama rakan-rakan dalam PH, BN dan GRS,” katanya selepas merasmikan Konvokesyen Amanah Selangor di Pusat Konvokesyen Midlands, di sini, hari ini.

Ditanya kerusi DUN tersebut, Adly enggan mendedahkan kerana ia masih dalam perbincangan selain tidak mahu parti lawan mengetahui di mana Amanah akan bertanding.

Namun beliau yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata, ahli parti yang akan menjadi calon adalah individu boleh menang di samping diterima akar umbi ahli parti.

“Dalam konteks Sabah, kita pastikan calon yang diketengahkan adalah anak tempatan sendiri. Itu menjadi keutamaan tadi.

“Kita juga akan gerakkan jentera parti untuk membantu calon PH bertanding di Sabah. Amanah amat komited dengan perjuangan dalam kerangka PH,” ujarnya.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan Amanah menyasarkan bertanding di empat kerusi DUN pada PRN Sabah.

Pengarah Pilihan Raya Nasional Amanah, Mohd. Sany Hamzan berkata, empat kerusi tersebut ialah Tanjung Aru, Karambunai, Lumadan dan Sulabayan. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN