ADUN Pas mohon maaf berhubung hantaran 'perempuan Cina' di FB

ADUN Pas mohon maaf berhubung hantaran ‘perempuan Cina’ di FB

MOHD. Hafez Sabri menunjukkan laporan polis yang dibuatnya berkaitan sebaran tangkap layar hantaran di Facebook miliknya yang didakwa dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd Hafez Sabri memohon maaf di atas hantarannya dalam media sosial mengenai insiden gangguan terhadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah semasa sambutan Hari Kebangsaan di sini kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi berkata, hantaran tersebut yang berdasarkan makluman awal bahawa gangguan tersebut dilakukan oleh seorang perempuan berbangsa Cina, telah dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab.

Menjelaskan lebih lanjut, Mohd. Hafez berkata, beliau membuat hantaran mengenai kejadian itu kerana bimbang keselamatan Sultan Perak kerana melibatkan kawalan keselamatan terhadap baginda.

“Namun selepas beberapa minit sahaja saya membuat posting, saya mendapati sumber awal saya dapat adalah tidak tepat dan saya telah membuat pembetulan pada posting asal saya secepat mungkin, tidak lebih beberapa minit dari posting awal.

“Namun begitu ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah membuat tangkap layar sepantas kilat ketika posting awal Facebook saya dan terus menyebar posting yang tidak tepat dan telah memainkan naratif isu seolah-olah saya memainkan isu perkauman.

“Saya tidak menimbulkan isu bangsa atau etnik dalam mempersoalkan bagaimana insiden tersebut boleh berlaku, sebaliknya saya menekankan isu keselamatan Sultan Perak yang perlu diperketatkan,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau.

Mohd. Hafez berkata, tindakan melanggar kawalan keselamatan tidak boleh dipertahankan tanpa melihat kepada warna kulit siapa yang melakukannya.

Katanya, namun niat tidak baik pihak yang tidak bertanggungjawab jelas dan terserlah apabila memilih untuk menyebarkan hantaran beliau yang awal.

“Sedangkan mereka boleh melihat dengan jelas pembetulan beberapa minit selepas itu di status Facebook saya.

“Saya melihat dari semalam pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini cuba memainkan sentimen memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia dengan cuba membina naratif dan sangkaan jahat terhadap saya.

“Saya percaya masyarakat boleh menilai dan melihat penjelasan saya dengan hati yang terbuka,” katanya.

Beliau juga membuat laporan polis di atas sebaran tangkap layar hantaran dalam Facebook miliknya yang dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN