Ura-ura PRN Sabah 7 September: Chan Foong Hin anggap spekulasi, fokus rundingan kerusi

Ura-ura PRN Sabah 7 September: Chan Foong Hin anggap spekulasi, fokus rundingan kerusi

CHANG FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Chan Foong Hin menyifatkan ura-ura Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan diadakan pada 7 September, sejurus selepas lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri itu, sebagai spekulasi semata-mata.

Menurutnya, tarikh sebenar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kuasa penuh Ketua Menteri, dan beliau sendiri tidak mengetahui perancangannya.

“Jadual PMX pun saya tidak tahu, apatah lagi bila Ketua Menteri dapat idea untuk bubar DUN. Kalau nak bubar, bubarlah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Libat Urus Galakkan Tanaman Koko Sektor Perladangan Negeri Sabah, hari ini.

Mengulas laporan kononnya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memohon 50 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) meminta 23 kerusi, Foong Hin berkata rundingan pembahagian kerusi masih berlangsung dan belum dimuktamadkan.

“Kadang kala dikatakan PH akan bertanding 25 kerusi, kadang kala 23. Saya sendiri tidak tahu. Tak perlu kejar nombor itu kerana rundingan belum selesai,” katanya.

Beliau turut mengesahkan tidak akan bertanding pada PRN kali ini bagi menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen Kota Kinabalu serta memberi peluang kepada generasi baharu DAP.

“Kita akan pertahankan enam kerusi dimenangi pada PRN lalu, termasuk dua yang kini dipegang bekas wakil rakyat DAP yang berhijrah ke Warisan. Jika diberi peluang lebih banyak kerusi, kita yakin boleh capai sekurang-kurangnya lapan hingga 10 kerusi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN