Video 'aura kid' dapat 137 juta tontonan

Video ‘aura kid’ dapat 137 juta tontonan

AKSI tular Rudransh Singh Thakur mencuri perhatian Dilip Bobade Patil yang menghadiahkannya tajaan pendidikan hingga ke universiti.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YAVATMAL: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari Maharashtra mencuri perhatian pengguna media sosial selepas video pendek memaparkan gelagatnya bergaya di hadapan sebuah skuter baharu meraih lebih 137 juta tontonan.

Populariti luar biasa itu turut membawa rezeki lebih bermakna apabila pemilik sebuah pengedar Honda berjanji menanggung kos pendidikannya bermula dari peringkat tadika hingga tamat pengajian di universiti.

Kanak-kanak itu, Rudransh Singh Thakur yang menetap di Yavatmal, Maharashtra, mengunjungi sebuah bilik pameran Honda bersama ibu bapa dan kakaknya pada 9 November lalu untuk mengambil skuter Honda Activa baharu yang dibeli keluarganya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika kunjungan itu, satu video memaparkan kanak-kanak berkenaan bergaya penuh yakin di hadapan skuter terbabit dirakam.

Dengan memakai cermin mata hitam dan kedua-dua tangan diseluk ke dalam poket, gaya bersahaja Rudransh berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.

Video pendek itu kemudian dikongsikan di Instagram sebelum tular dengan meraih 137 juta tontonan serta lebih 68,000 komen.

Gaya penuh yakin serta aksi bersahaja Rudransh menyebabkan pengguna media sosial menggelarnya sebagai ‘Aura Kid’. Video itu turut dibanjiri ribuan komen dengan rata-rata pengguna memuji penampilan dan personalitinya.

Ada yang menyamakan gayanya dengan seorang ketua kumpulan samseng kecil, manakala pengguna lain secara berseloroh menggelarnya sebagai pengerusi baharu Honda.

Populariti video berkenaan turut menarik perhatian pemilik pengedar berkenaan, Dilip Bobade Patil yang mengendalikan Sai Point Honda, lokasi keluarga itu membeli skuter terbabit.

Menurut laporan, Patil menjemput Rudransh dan keluarganya untuk meraikan populariti kanak-kanak itu dan membuat pengumuman istimewa dengan berjanji menanggung semua perbelanjaan pendidikannya.

Pencipta kandungan, Yash Chincholkar yang berkongsi berita itu di media sosial menyifatkan tawaran berkenaan sebagai hadiah yang mampu membentuk masa depan kanak-kanak itu, bukannya sekadar menambah koleksi hadiah yang diterimanya.

Ibu Thakur turut meluahkan kegembiraan melihat sambutan orang ramai terhadap anaknya, selain menyifatkan sokongan yang diberikan sebagai sesuatu yang istimewa kerana ia turut membantu menjamin masa depan anaknya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini