PARLIMEN: 'Pas parti ajaran sesat', 'kafir' diharamkan di Dewan Rakyat

PARLIMEN: ‘Pas parti ajaran sesat’, ‘kafir’ diharamkan di Dewan Rakyat

JOHARI ABDUL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perkataan ‘Pas parti ajaran sesat’ dan ‘kafir’ diharamkan digunakan di dalam Dewan Rakyat bagi mengelakkan permusuhan sesama Ahli Parlimen tanpa mengira di pihak kerajaan mahu pun pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, Peraturan 36 (10)(c) jelas mengatakan bahawa jangan ungkapkan perkataan yang menaikkan perasaan kecil hati atau bermusuh-musuhan di antara Ahli Parlimen.

Katanya, walaupun perkataan ‘Pas parti ajaran sesat’ pernah diungkapkan oleh Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad namun ia dilakukan di luar Dewan Rakyat.

“Isunya begini, jangan lagi kata Pas ini parti ajaran sesat, walaupun saya tahu, saya dapat video, mantan PM (Perdana Menteri) Pagoh pernah sebut perkara itu, mantan PM Langkawi pernah sebut juga tapi itu dibuat di luar.

“Kalau mereka sebut itu di luar, itu non of my business (bukan urusan saya), biarlah authority (pihak berkuasa) lain yang ambil (tindakan), tapi apabila kamu semua berada di dewan ini, jangan lagi (sebut) cukuplah.

“Dia tidak memberi apa-apa manfaat pun untuk bermusuh-musuhan dengan kata ‘Pas parti ajaran sesat), ada sensitiviti di situ,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, beliau juga mengingatkan semua Ahli Parlimen supaya tidak lagi menggunakan perkataan ‘kafir’ di Dewan Rakyat kerana ia disifatkan sebagai tidak elok.

“Kedua jangan panggil kawan-kawan kita kafir, kafir-mengkafir ini tak elok, anak-anak kita di luar dengar pun pelik, jadi tak elok, cukuplah di sini kerana perkataan ini (jika) misunderstood (salah faham) dia jadi membara.

“Untuk membina sebuah rumah amat lama, tapi untuk membakar sebuah rumah amat pantas sekali. Siapa juga sebut kafir mengkafir atau parti ajaran sesat, saya akan ambil tindakan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×