DAP akan bertindak jika ada gangguan berkaitan kes bendera terbalik

DAP akan bertindak jika ada gangguan berkaitan kes bendera terbalik

DAP
STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DAP Pulau Pinang komited mempertahankan keamanan dan keharmonian negeri susulan insiden Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik di sebuah premis di Kepala Batas, baru-baru ini.

Pengerusinya, Steven Sim Chee Keong berkata, parti itu tidak akan berdiam diri jika terdapat pihak yang cuba mengganggu ketenteraman masyarakat atau menimbulkan ketegangan berhubung isu tersebut.

“Kami akan mengedarkan Jalur Gemilang kepada masyarakat sebagai simbol solidariti, perpaduan, dan kecintaan kepada negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan kes berkenaan kini di bawah tanggungjawab pihak polis dan akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang.

“Sebarang tindakan yang berunsur provokasi atau mencetuskan ketegangan adalah tidak wajar dan harus dielakkan,” katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak memupuk semangat perpaduan dan menghormati prinsip keamanan demi memastikan keharmonian masyarakat kekal terpelihara.

Media sebelum ini melaporkan kertas siasatan insiden bendera terbalik di sebuah kedai di Bertam telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Pulau Pinang untuk semakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman, berkata kertas siasatan itu sedang diteliti sebelum dirujuk ke Putrajaya bagi tindakan selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×