Penarikan subsidi beri kesan harga makanan

Penarikan subsidi beri kesan harga makanan

Makanan berasaskan telur dijangka menerima kesan kenaikan harga susulan keputusan kerajaan mengawal harga dan subsidi telur ayam ditamatkan secara berfasa bermula 1 Mei.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Makanan berasaskan telur dijangka menerima kesan kenaikan harga susulan keputusan kerajaan mengawal harga dan subsidi telur ayam ditamatkan secara berfasa bermula 1 Mei.

Presiden Gabungan Per­satuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, penarikan penuh subsidi telur pada 1 Ogos ini juga dijangka memberi kesan kepada barangan asas lain.

“Apa jua subsidi yang ditarik oleh kerajaan akan memberi kesan rantaian kepada barangan asas lain sekali gus mengubah cara perbelanjaan pengguna khususnya golongan B40.

“Bagi aspek pengusaha restoran atau peniaga makanan pula, mereka akan mengambil kesempatan ini dengan menaikkan harga yang berasaskan telur seperti burger, nasi goreng atau mi goreng serta minuman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan memaklumkan, kadar subsidi telur ayam dikurangkan dari 10 sen kepada lima sen sebiji, berkuat kuasa mulai semalam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos depan.

Susulan itu, langkah-intervensi dilaksanakan antaranya pihak industri bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga munasabah.

Sebaliknya, Setiausaha Agung Persatuan Pergerakan Pengguna Malaysia, Herby Dhillon berkata, penarikan subsidi telur tidak harus menjejaskan harga jualan kepada pengguna. 

“Harga telur di dalam pasaran telah turun dan pengusaha restoran sepatutnya menurunkan harga bukannya menaikkan harga makanan.

“Selain itu, dengan pemberian subsidi, pengeluar telur dapat untung lebih. Justeru, penamatan subsidi tidak akan memberi kesan kepada keuntungan pengeluar,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN