MIC yakin BN menang majoriti dua pertiga PRN Melaka - Utusan Malaysia

MIC yakin BN menang majoriti dua pertiga PRN Melaka

M. SARAVANAN menyampaikan sumbangan Deepavali pada majlis di Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: MIC yakin Barisan Nasional (BN) mampu menang dengan majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan berkata, ini berdasarkan sokongan pengundi semua kaum yang semakin meningkat terhadap BN.

Menurutnya, dalam masa yang sama MIC semakin memperkuatkan jentera bagi membantu setiap calon BN yang bertanding pada PRN itu nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jentera MIC sudah bersedia, sayap Pemuda MIC sudah mula beroperasi di bilik gerakan manakala bahagian-bahagian membantu calon BN untuk menghadapi PRN Melaka.

“Saya sendiri akan turun padang esok untuk melihat, meninjau suasana politik di negeri Melaka,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis menyampaikan sumbangan Deepavali kepada warga B40 dan daif yang melibatkan hampir 2,000 penerima.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Choong Shin Heng.

Saravanan berkata, MIC tidak akan meminta pertambahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi parti itu sebaliknya hanya mengekalkan kerusi DUN Gadek.

“Kita lihat keadaan semasa, tidak perlu minta tambahan. Kekalkan apa yang kita ada.

“Saya yakin dengan keadaan sekarang, dengan sokongan rakyat, saya percaya BN boleh dapat majoriti dua pertiga,” katanya.

Dalam PRN Melaka pada tahun 2021, MIC menang kerusi DUN Gadek menerusi calonnya, Datuk VP Shanmugam dalam pertembungan enam penjuru dengan majoriti 559 undi.

Sebelum ini media melaporkan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, BN akan bertanding mempertahankan semua 21 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini.

Zahid berkata, BN bagaimanapun terbuka untuk berunding dengan mana-mana pihak berhubung baki tujuh kerusi lain yang tidak dimenangi gabungan itu pada pilihan raya yang lalu.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini